Life is full of colors.And every color is a beauty in its own way with significant meanings to enrich the world.
Saturday, October 22, 2011
Friday, October 14, 2011
Sejarah
Aku tak pasti sama ada sejarah berulang atau tidak.Tapi bagi aku ada sejarah yang berulang malah dalam bentuk yang lebih bagus dan lebih hebat.
Pada tahun 1992 semasa berumur 6 tahun, anak sulungku,Nurul Fatehah telah dipilih sebagai pelajar terbaik di Tadika Islah.Dia juga dipilih untuk membacakan ucapan mewakili pelajar-pelajar lain. Waktu itu aku sudah amat bangga dengan pencapaiannya.
Ibu bapa dan para tetamu yang hadir sangat kagum dengan kepetahan dia berucap.Mereka kagum dengan kelancaran dan intonasi suaranya yang baik.Mereka fikir tentulah dia dapat membaca kerana belajar di Tadika Islah!Apa yang mereka tak tahu ialah, Nurul Fatehah sudah boleh membaca sejak berumur empat tahun kerana bertadika dengan ibunya. Dia hanya pergi ke Tadika untuk menghabiskan waktu sementara menunggu aku balik kerja.Dia hanya pergi ke Tadika untuk menemani adiknya Nurul Khalidah, yang berumur empat tahun. Hari itu anakku telah menjadi aset tadikanya. Hari itu anakku telah "menjual" tadikanya kepada masyarakat setempat yang hadir di Dewan Masjid Tanah, Melaka.
Tujuh belas tahun kemudian,di usia 23, sejarah itu berulang.Dia mendapat anugerah pelajar terbaik English Language and Literature di Majlis Konvokesyen ke 25 Universiti Islam Antarabangsa dan menjadi Valedictorian untuk sidang kelima konvokesyen pada 12 Oktober 2009. Dia masih Nurul Fatehah yang petah dan lancar, yang berucap dalam 3 bahasa.Bermula dengan Bahasa Inggeris, kemudian Bahasa Arab dan diakhiri dengan Bahasa Melayu. Aku tak punya perkataan untuk menggambarkan perasaan hatiku waktu itu.Aku amat bersyukur dengan rahmat Allah.Aku amat bangga dengan pencapaiannya. Dia sangat gigih belajar.Dia sangat rajin menuntut ilmu.Dia tak kenal jemu mengejar kejayaan.
8 Oktober 2011, sekali lagi aku menghadiri konvokesyen UIA.Kali ini Nurul Fatehah mendapat ijazah Master of Human Sciences( English Literature Studies).Walaupun tidak mendapat anugerah pelajar terbaik dan menyampaikan ucapan tapi dia masih berjaya sebagai pelajar terbaik English Literature Studies.Sekali lagi aku tak punya kata-kata untuk menukilkan perasaan hati melainkan lafaz kesyukuran ke hadrat Illahi atas kurniaNya yang sangat hebat.
Berapa ramaikah ibu di Malaysia yang Allah beri peluang menjadi ibu kepada pelajar terbaik?Tak ramai.Dan aku amat bersyukur kerana aku berada dalam senarai itu.Kejayaan Nurul Fatehah sangat dibanggakan adik-adiknya juga. Dan, kalaupun Nurul Khalidah dan Nurul Nabilah Hanis tidak terpilih sebagai pelajar terbaik atau valedictorian, aku tetap bersyukur mereka sampai ke menara gading melalui jalan yang tak berliku dan penuh airmata seperti aku.
Tuhanku, aku tempuhi segenap duka sengsara hidup ini demi anak-anakku dan aku bersyukur padaMU atas segenap rahmat dan kurnia ini.
Thursday, October 13, 2011

Tuhan menduga imanku dengan pelbagai duka
Pun begitu
DIA menganugerahkan aku dengan pelbagai rahmat
8 Oktober 2011
Di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
Tuhan beriku satu lagi anugerah
Yang tidak diberiNya kepada ramai orang
Anakku mendapat ijazah sarjana di usia 25
Dipilih sekali lagi sebagai pelajar terbaik
Anakku menunaikan cita-cita dan impianku
Anakku melunaskan hutang sengsara jiwaku
Sungguh kusyukuri segenap anugerahMu
Pun demikian
Ya Tuhan,kupohon kepadaMu
Pinjamkan aku sekadar waktu
Untuk memiliki bahagia yang kuimpi
Buat membalut luka-luka kelmarin
Buat mengganti setiap titis airmata berzaman.
Tuesday, September 27, 2011
Hakikat
Lihatlah dengan mata hati
Nilailah dengan akal budi
Terjemahlah dengan nurani
Kerana
Tak semua yang kau lihat
Adalah satu hakikat.
Nilailah dengan akal budi
Terjemahlah dengan nurani
Kerana
Tak semua yang kau lihat
Adalah satu hakikat.
Tuesday, August 30, 2011
SYAWAL
Hari ini 1 Syawal 1432Hijrah.
Untuk kali pertama sejak sekian lama aku tidak menangis bila takbir berkumandang, bila aku duduk membalut ketupat pulut yg diajar Aruah Emak.
Aku sudah belajar melepaskan semuanya yg berlalu.Aku perlu hidup demi diriku.Semalam yg penuh duka sengsara adalah pengajaran dan teladan juga sempadan.Aku doakan hari ini dan hari depan adalah hari-hari bahagia seperti yg kudoakan sentiasa.
Wahai Tuhanku, bersama Syawal ini hamparkanlah kebahagiaan buatku.
Friday, August 26, 2011
Pondering Delights
"NO AND YES ARE TWO SHORT WORDS WHICH NEED
A LONG THOUGHT...MOST OF THE THINGS WE MISS
IN LIFE ARE DUE TO SAYING NO TOO SOON
AND YES TOO LATE..!!!...........think of it...........!!!"
=================================================
That is attitude.
1) Heavy rains remind us of challenges in life.
Never ask for a lighter rain.
Just pray for a better umbrella.
2) When flood comes, fish eat ants & when flood recedes,
ants eat fish.Only time matters. Just hold on,
God gives opportunity to everyone!
3) Life is not about finding the right person,
but creating the right relationship, it is not how we care in the beginning, but how much we care till the ending.
4) Some people always throw stones in your path.
It depends on you what you make with them, Wall or Bridge? Remember you are the architect of your life.
5) Every problem has (n+1) solutions, where n is the number of solutions that you have tried and
1 is that you have not tried. That's life.
6) It is not important to hold all the good cards in life.
But it is important how well you play with the cards
which you hold.
7) Often when we lose all hope & think this is the end,
God smiles from above and says,'Relax dear, it is just a bend. Not the end. Have Faith and
have a successful life.
8) When you feel sad, to cheer up, just go to the mirror and say, 'Damn I am really so cute' and you will overcome your sadness.
But don't make this a habit because liars go to hell.
9) One of the basic differences between God and human is, God gives, gives and forgives. But human gets,gets, gets and forgets. Be thankful in life!
10) Only two types of persons are happy in this world.
1st is Mad and 2nd is Child.
Be Mad to achieve what you desire
and
be a Child to enjoy what you have achieved!
_ With due thanks to a Dear who shares this with me.
Thursday, August 25, 2011
Ramadhan ke 25
Hari ini hari ke 25 Ramadhan.
Kian menghujung kiranya bulan penuh barakah ini. Terima kasih Tuhanku kerana mengizinkan aku menjalani ibadah ini hingga ke hari ini meski dalam sakit yang bersambung-sambung antara satu dgn yg lain.
Penghujung Ramdhan bererti akan tibanya Syawal. Bagi aku yang sudah tak punya ibu dan bapa, Syawal sudah hilang seri, sudah tak punya makna. Dan tahun ini Nurul Nabilah Hanis pula berada di Alabama. Hanya ada kakak-kakaknya bersama. Syawal, datanglah dan pergilah bersama duka yg tidak mungkin kulukis dgn warna.kuterjemah dgn kata.
Subscribe to:
Posts (Atom)