Saturday, November 5, 2011

Korban

Hari ini 9 Zulhijjah 1432 Hijrah, juga 5 November 2011.Esok akan tiba Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban.

Aku sudah beberapa kali melakukan ibadat korban.Dah tak ingat berapa kali sebenarnya.Seringnya aku kirimkan wang ke kampung untuk ibadat tersebut.Tapi kali ini aku berkongsi dengan rakan-rakan setugas untuk korban berkelompok di sekolah.InsyaAllah akan dilaksanakan pada 8 November nanti.

Sedikit sedih kerana hanya ada Kakak dan Adik Ayu yang dapat merasa bahagian korban ini kerana Adik belum balik dari Alabama. Namun, inilah cabaran hidup seorang ibu seperti aku, yang punya anak-anak yang bercita-cita tinggi,mahu mengejar ilmu dan kemahiran di negara orang.

Korban.Satu perkataan yang besar maknanya.Bagi aku perkataan ini adalah hidupku.Aku berkorban seluruh kebahagiaanku sebagai individu demi anak-anak.Aku relakan setiap penderitaan demi melihat anak-anakku berjaya. Aku diamkan segenap sengsara jiwaku demi kasih pada mereka.

Saat ini, tatkala mereka sudah dewasa dan sedang merintis jaya di laluan ilmu, aku masih juga berkorban untuk mereka.Kukorbankan perasaan sunyi tanpa mereka. Kukorbankan waktu dan tenaga untuk bersama mereka sesekali.

Untuk segenap pengorbananku, aku hanya memohon Allah memberikan aku kesempatan merasai hidup bahagia dan sejahtera.

No comments: