Sunday, February 12, 2012

CERITA

CERITA:
Dua orang lelaki yang bersahabat mengembara merentasi padang pasir yang luas.Dalam perjalanan di tengah panas terik itu mereka telah berselisih faham sehingga berlaku pergaduhan dan seorang daripada mereka memukul sahabatnya itu sehingga luka berdarah namun sahabatnya hanya membiarkan dirinya dipukul.
Bila pergaduhan itu berakhir, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di 
atas pasir: 'HARI INI SAHABATKU MEMUKULKU.'
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan dan akhirnya di penghujung gurun mereka bertemu sebuah sungai yang airnya jernih. Sahabat yang dipukul tadi, tanpa berlengah terjun ke dalam sungai, barangkali kerana terlalu haus, atau mahu menyejukkan badan. Namun di sebalik kejernihan airnya,sungai itu sangat dalam dan dia tidak pandai berenang.Saat dia terkapai-kapai mencari ruang bernafas, sahabat yang tadi memukulnya, terjun ke dalam sungai dan menyelamatkannya. Setelah segar semula, dia mengukir di atas batu: 'HARI INI SAHABATKU MENYELAMATKANKU.'
Sahabat yang memukulnya pun bertanya: 'Mengapa sewaktu aku memukulmu kautulis di atas pasir sedangkan bila aku menyelamatkanmu kau bersusah payah memahatnya di atas batu?'
Maka kata sahabatnya:
"Kesedihanku keranamu, aku tulis di atas pasir
Kelak ditimpa hujan dibawa angin
Tapi
Kebaikanmu terhadapku, aku ukir di batu
Buat ingatan selama-lamanya."

(Ertinya kita sentiasa kena ingat kebaikan orang pada kita dan berusaha melupakan kesedihan/kesilapan yang disebabkan mereka. Memang payah melupakan guris luka di hati mahupun di tubuh.Memang sukar meluputkan ingatan akan sengsara di jiwa, namun terlebih baik kita sentiasa menyanjung budi orang selamanya dengan memahatnya dalam ingatan
.

No comments: