13March2012
Di auditorium parcel E, Putrajaya berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pegawai Teknikal Kokurikulum Kebangsaan.
Dalam surat jemputan dicatatkan - Bahasa Inggeris(Menengah)
Berdasarkan tugas selama ini, aku ingatkan ini adalah tugas lanjutan sebagai Pegawai Teknikal Bahas Bahasa Inggeris negeri Melaka.
Apabila mendengar ucapan-ucapan daripada pegawai-pegawai tinggi Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pelajaran, aku panik sekejap!!Rupanya aku adalah Pegawai Teknikal untuk semua pertandingan koakademik Bahasa Inggeris peringkat Menengah di Melaka.Selain debate, aku juga kena ambil tahu tentang Public Speaking & Choral Speaking. Mana aku nak cari masa nak buat semua tu? Core business aku ialah mengajar.Ada hampir 100 murid Tingkatan 5 yang masa depan mereka bergantung kepada aku. Kalau gred English mereka tak bagus, maka susahlah mereka untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM.Ada 32 pelajar Tingkatan 4 yang perlu aku asuh & gilap untuk SPM tahun hadapan.Nak menyelaras segala macam pertandingan ni lagi?
Bukan setakat panik, tapi dah jadi satu kerisauan sudahnya.
Selesai majlis di Putrajaya aku ke Mandarin Court Hotel untuk Mesyuarat Teknikal Program Koakademik Bahasa Melayu& Bahasa Inggeris. 4 hari memerah otak bersama pegawai-pegawai teknikal dari negeri lain untuk menggubal tajuk debate/public speaking/story telling. Apa yang aku tak pernah tahu, akhirnya aku jadi sangat tahu.Apa yang aku tak pernah ambil peduli selama ini, dah jadi tugas akhirnya.
Sedetik terlintas di benak, kenapa aku tak dilantik untuk semua ini sewaktu aku masih muda & sihat tanpa sebarang masalah kesihatan seperti sekarang? Waktu itu juga aku segera insaf bahawa Allah tidak memberikan semua ini dahulu kerana aku masih belum mempunyai ilmu & pengalaman yang mencukupi. Sekarang pun aku masih perlu belajar banyak perkara, tapi berbanding dulu, tentulah sekarang ilmu& pengalamanku sudah bertambah setelah 27tahun menjadi guru.
Ya Allah, berilah aku kekuatan jiwa &semangat, rohani & jasmani untuk menunaikan segenap tugas & tanggungjawab ini.
No comments:
Post a Comment