Saturday, June 2, 2012

Hakikat

Rumah teresku sederhana rupa dan harga
Tapi itu kediaman  hasil titik peluhku
Kereta Personaku tak mahal; buatan tempatan
Tapi aku memilikinya secara tunai
Anak-anakku punya kereta kecil seorang sebuah
Itu juga aku beli tanpa meminjam


Aku sudah tidak sesihat dulu
Tapi aku masih mampu bekerja meraih rezeki
Aku hampir tak punya siapa-siapa
Kerana degilnya aku mencatur hidup semahuku


Terik mentari memijar
Dingin malam mencengkam
Ribut gelombang tak pernah reda
Duri kerikil sepanjang jalan
Tapi
Aku masih juga teguh berdiri
Kerana aku ini manusia yang redha
Akan segenap takdirnya Illahi
Kerana aku ini insan yang sentiasa percaya
DIA lebih tahu akan segala


Syukur.





No comments: