1.Insiden di klinik gigi.
Dentist: Puan pernah pakai braces?
Aku: Tak.yg pakai braces anak saya. kenapa?
Dentist: Gigi Puan tak cukup bilangan tapi sangat elok.
Aku: Anugerah Allah. Yg tak cukup tu pasal dah cabut zaman kanak2 dulu!
2. Insiden di wad hospital
Doktor: Puan ni tak banyak buat kerja agaknya. Urat halus sangat. Susahnya saya nak cari urat untuk ambil darah!
Aku: Ehhh...di rumah saya, sayalah tuan rumah dan sayalah amah dan tangan saya ni digunakan untuk menulis di papan hitam setiap hari dan juga baling orang dgn duster!!
Doktor: Puan ni guru ye?
3. Insiden di wad hospital juga sebelum masuk bilik pembedahan.
Doktor pelatih: Puan kena tanggalkan gigi palsu ya, sebelum operation.
Aku: Doktor, ini gigi saya original!!
Doktor pelatih: Oh.. ye ke? Sorry, saya ingat gigi palsu!
Aku: Doktor ni betul ke tak betul ni??(tapi komen dalam hati aja la!!)
4. Insiden di hypermarket.
Jurujual: Puan, saya nak tunjuk Puan buku Bahasa Inggeris ni, buku baru yg bagus untuk anak2.
Aku: Oh tak pe. terima kasih. Saya tak ada anak di sekolah rendah.
Jurujual: Buku untuk sekolah menengah pun ada.
Aku: Tak pe lah ya. Terima kasih. Saya nak cepat ni.
Jurujual: Puan, puan kena melabur untuk pendidikan anak2. Bahasa Inggeris ni penting. Kalau tak pandai Bahasa Inggeris, susah nak lanjutkan pelajaran susah nak dapat kerja.
Aku:(darah dah mula nak mendidih!!)Hello, if you are trying to tell me about investing in my children's education, you are talking to the wrong person. I AM AN ENGLISH LANGUAGE TEACHER AND MY 3 CHILDREN ALL SCORED A 1 IN THEIR ENGLISH FOR GCE!I THINK YOU SHOULD READ THE BOOK YOU ARE SELLING, SO THAT YOU CAN GET A BETTER JOB.
Jurujual: Minta maaf Puan. minta maaf banyak2.
Hanya kerana aku pakai baju kurung yg dah pudar warna dgn sandal, kau pikir aku datang dari estet mana??Kurang asam punya jurujual!!
2 comments:
Hahaha, all of them are really funny!
Hilarious, and the sales girl,are pretty annoying!
The sales person was a young guy. I was in a hurry and he wanted to start his lecture on the importance of being good in English!
Post a Comment