Monday, September 20, 2010

TERIMAKASIH

TERIMA KASIH

Terima kasih Tuhanku
kerana meminjamkan
sejalur waktu lagi
untuk berlindung di bawah langit rahmatMu

Terima kasih Tuhanku
kerana mengizinkan aku
melangkah setapak lagi
mencari nikmat rezekimu

Terimakasih Tuhanku
memberi aku helaan nafas
untuk terus hidup
di satu lagi tahun baru

(lewat Disember 2009)

No comments: