Isnin terakhir dgn anakanda Nurul Nabilah Hanis Aziz. Nanti malam akan meninggalkan tanahair, ibu bapa dan Kakak2; Nurul Fatehah dan Nurul Khalidah, Bubu si sugar glidernya, Nelli kereta Kelisanya dan semua yg dia sayang untuk mencari ilmu dan kepandaian di negara orang. Tuhanku, Engkau permudahkanlah segala urusan anakku. Engkau kurniakanlah segenap kesejahteraan untuknya. Aku serahkan dia dalam jagaanMU sentiasa, selama setahun mendatang sama seperti aku serahkan segalanya tentang hidupku selama ini.
Bagaikan kelmarin saja aku menghantarnya ke SK Batu Berendam. Seperti kelmarin saja aku menghantarnya saban hari ke Malacca Girls High School, pergi tuition Add Maths, pergi program Pelancongan Sekolah dan akhirnya menghantarnya ke Food Institute of Malaysia di Kelana Jaya untuk meraih Diploma in Culinary Arts yang sangat dikejarnya.
Renaissance Ross Bridge, Birmingham Alabama, kupinjamkan anakku selama setahun. Pulangkan dia kepadaku sebagai insan yang lebih bijaksana dalam menggapai cita-citanya.
No comments:
Post a Comment