Hari ini 17 Ramadhan juga 17 Ogos. Hari aku demam dan selsema juga.Sebenarnya sejak malam tadi sakit belakang yang amat. Masa solat terawih dgn duduk rapat2 bersama pelajar, hati dah bimbang.Tapi gagahkan juga. Dan akhirnya tulang belakang yg sememangnya cedera, sakit semula.
Nasib baik hari ni ada appointment dgn pakar. Dr Soh Chiang Joo yg handsome dan baik budi bahasa mengingatkan jangan "pressure the spine". Angguk saja lah...Kena pegi buat bone density test. Alhamdulillah tak mengidap osteoporosis. Berkenalan dgn juru X ray dari Sarawak. Manis orangnya semanis budi pekerti.
Hari ini juga seluruh warga sekolah memasak bubur lambuk. Aku aja yg terkecuali kerana aku diberi MC oleh Dr Soh. Jadi kau tak tau apa cerita bubur lambuk. Tapi menjelamg 4.15 petang telefon berbunyi...En Din, pembantu pejabat call. Dia nak kunci bilik guru dan dia nampak ada bubur lambuk satu bekas atas meja aku...dia suruh ambil di ofis...terharu aku dgn kebaikannya.Maka si Kakak pun memecut Habib, Viva putihnya dan membawa balik bubur lambuk bahagian emaknya.
Pukul 4.30, Cikgu Haji Yaacob, bekas pensyarahku datang menghantar 2 biji cempedak dari kebunnya. Terima kasih cikgu.
Hari yang suram dgn sakit tapi Allah temukan aku dgn orang yg baik2 semuanya...Syukur Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment