Monday, August 1, 2011

Hari pertama

Hari ini hari pertama puasa. Melaka cuti. Sunyi saja sekitar.Agaknya semua orang tidor balik lepas solat subuh.
Malam tadi solat terawih. 8 rakaat yang pantas. Dan bila balik aku sakit belakang yang amat hingga terpaksa letak hot pack. Sepanjang malam sakit...Tahulah aku bahawa selama ini aku tak sakit semasa solat kerana aku buat sendiri-sendiri mengikut kemampuan. Tapi solat berjemaah yang pantas dan cepat memang akan menganggu tulang belakang yang cedera ini. Kena solat sorang-sorang kat rumah lah nampaknya...Apa boleh buat, kerana sakit ini pun ujian Tuhan juga.Maka aku terima dengan redha.
Tapi syukur aku masih boleh berpuasa.

No comments: