Wednesday, December 21, 2011

Hari Ini

Hari ini
setahun genap
aku berpaling dari daerah
yang kudiami suku abad

Daerah dusta penuh pura-pura
Tangisku dalam hati
Sengsaraku dalam diam
Akhirnya bernoktah juga

Hari ini
Aku menjadi diriku
Seperti yang aku mahu
Semahunya aku.

No comments: