Saturday, December 31, 2011

Hari ini

Hari ini 31 Disember 2011.
Hari terakhir di tahun ini.
Setahun yang penuh cabar dan duga telah kuharungi. Meski banyak airmata yang tumpah, meski jiwa merintih dalam diam, meski hati sering goyah dengan derita tak terucap, aku masih lagi berdiri di sini. Dengan rahmatMu Ya Illahi, aku yang kerdil masih lagi meneruskan langkah. Aku tak akan berpaling lagi. Aku akan mendepani segenap ujianMu kerana aku percaya Engkau tidak akan membiarkan doaku dibawa angin lalu.Berikan aku ketabahan untuk setahun lagi kerana aku perlu hidup untuk diriku. Berikan aku kebahagiaan yang kupinta.Berikan aku kesejahteraan yang kucari.Hamparkan bagiku rezeki seluas lautan tak bertepi, seluas langit membiru.Mudahkan segenap urusanku denganMu dan dengan manusia lain.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,maka aku serahkan segalanya kepadaMU.

No comments: