Wednesday, October 24, 2012

Pandai

Cakap pandai.
Pandai bercakap.

Hampir serupa tapi sangat tak sama.
Berbeza makna berlainan hakikat.

Yang cakap pandai, seringnya mengkritik peribadi orang, selalu memberi komen-komen negatif terhadap usaha orang dan sangat pandai mengeluarkan perkataan-perkataan yang menggambarkan bahawa dia lebih tahu daripada orang lain.
Tapi, kalau suruh buat apa yang dia komen dan kritik tu, bukannya tahu pun.Cakap aja lebih.

Yang pandai bercakap, boleh diasuh/disuruh masuk pertandingan bahas/debate, pidato, pantun, choral speaking/public speaking, syarahan agama atau menjadi pengacara majlis.
Golongan ini menggunakan bakat anugerah Allah untuk memperkembang potensi diri,menaikkan nama sekolah/institusi/negeri/negara dan mencari rezeki.

Jadilah yang pandai bercakap BUKAN yang cakap pandai.


No comments: