Salah seorang GPK bertanya apa yang berlaku sebenarnya kerana dia mendengar orang bercakap bahawa aku mengamuk di bilik guru & mengeluarkan perkataan yang pedas yang membuatkan orang-orang tertentu jadi gusar.Dia bertanya kerana mahu tahu cerita dari pihak aku pula.
Kalau dah cakap siang tak pandang-pandang, cakap malam tak dengar-dengar, face the music then.
Kalau mereka tak tahu menjaga lidah dari bercakap bukan-bukan tentang aku, kenapa pulak gusar bila lidah aku lebih tajam?
Kalau mereka boleh sesuka hati bermulut celupar kenapa kaget bila mulut aku lebih berbisa?
You asked for it man!! Even walls have ears, so watch out what you say.
Hanya kerana setiap minggu aku dilantik sebagai pengacara untuk semua majlis rasmi sekolah, maka dengan lancangnya sekumpulan guru lelaki melabel aku "gila mike". Kau ingat aku lantik diri aku sendiri ke jadi pengacara majlis rasmi yang bersambung-sambung setiap minggu? Kau ingat aku teruja sangat ke jadi MC kat sekolah? Majlis antarabangsa pun aku dah pernah jadi MC.Majlis yang dikendalikan dalam dwi bahasa sekaligus pun aku dah berkali-kali buat.Kau jadi tukang kemas dewan pun tak layak!
Bila aku cakap aku pulangkan perkataan gila itu kepada yang berkata, kepada kaum keluarganya, tahu pulak takut.
Bila aku cabar suruh ambil alih tugas aku jadi pengacara untuk dua majlis besar yang akan berlangsung dua minggu lagi tak ada pula yang berani.Cubalah, aku boleh aja buat tugas lain.
Hello!! Kalau muka macam korang, yang hanya tahu menceceh di belakang waktu Pengetua berucap, baiklah kau cermin diri kau dulu sebelum mengata aku. Dan kalau bercermin, muka kau bukan kacak mana pun.Muka tak lawa, budi bahasa tak ada, kau ingat aku nak respect?Kau ingat gred gaji kau tinggi dari aku, kau dah hebat sangat?Apatah lagi gred gaji kau sama dengan aku, lagi tak ada apa aku nak pandang.
Aku tak pandai mencari sengketa, tapi kalau ada yang memulakan, aku tak akan undur walau setapak.
No comments:
Post a Comment