HARI INI HARI TERAKHIR DI USIA 47.
Life is full of colors.And every color is a beauty in its own way with significant meanings to enrich the world.
Saturday, November 13, 2010
TERAKHIR
HARI INI HARI TERAKHIR DI USIA 47.
Thursday, November 11, 2010
MAN PROPOSES GOD OPPOSES
Tuesday, November 9, 2010
ENGLISH LANGUAGE WORKSHOP
Sunday, November 7, 2010
Heart
Friday, November 5, 2010
Solat Hajat
JALAN
Wednesday, November 3, 2010
NAMA
Semasa menjadi MC Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia Sekolah Teknik/Vokasional Zon melaka/ negeri Sembilan pada 30 Oktober, aku telah menemui satu nama yang kurasa unik dan belum pernah aku jumpa. Aku tak pasti bagaimana nak menyebut nama pelajar itu: MIFTAKHUKUL JANNAH BINTI...(tak payah tulis nama bapa dia, nama biasa saja). Aku tanya pelajar tu: BAGAIMANA NAK SEBUT NAMA KAMU NI? MAU TERBELIT LIDAH SAYA NI. Dia ketawa.
Bila aku bertanya begitu, kawan-kawannya yang lelaki gelak macam mengejek Nama dia tukul cikgu, kata seorang dengan celupar!!. Aku dah rasa lain macam. rasa macam nak baling dengan microphone! Kau ingat nama kau hebat ke??Dengan selamba dia menjawab: MIF TA' KHU KUL JANNAH. Hati aku berkata-kata. Jannah ni syurga. Tapi yang bahagian depan tu apa maksudnya.
Tadi aku pun bertanya kepada rakan setugas, Ustaz Hassanudin Bin Adnan Al Hafiz. Jawapannya?? Sungguh buat aku terkesima dan kagum dengan ibu bapa pelajar itu. Maksud namanya ialah: KUNCI SEGALA PINTU SYURGA.
Sungguh aku kagum dengan ibu bapanya yang mendoakan anaknya dengan nama yang sedemikian baik. Malangnya, kawan-kawannya yang jahil mempermainkan namanya. sedangkan ada di antara mereka kalau diterjemah ke Bahasa Arab, nama mereka maksudnya, entah-entah kuda, takpun belalang!!
Dek kerana namanya yang unik itu, aku terpaksa menarik nafas dan menyebut namanya dengan cermat supaya tak terbelit lidah!!
Siapa kata kerja MC ni senang??Try sebut , MIFTAKHUKUL JANNAH!

