Friday, November 5, 2010

Solat Hajat

Semalam 4 Nov 2010 tatkala banyak sekolah sudah bercuti sempena Deepavali, SMTM mengadakan Solat Hajat SPM/STPM.
Sekolah tamat jam 12. 30 dan guru-guru diminta berada semula di sekolah jam 4ptg untuk Majlis Dialog dengan Ibubapa untuk berbincang keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2.
3.45 aku dah sampai ke sekolah tapi aku tak pegi ke Dewan jam 4 sebab aku nak solat Asar terlebih dulu. Dekat 4.30 baru aku pegi dan dah ada ibu bapa yg menunggu aku. Sebelum mereka bertanya aku dah siap-siap bagitau: Maaf ye, saya solat Asar dulu.

Agaknya kalau mereka nak marah pun tak jadi nak bersuara! Maka sesi tu berlarutan sampai 6.30. Tukar pakaian dan terus ke surau kerana Maghrib dah sangat awal sekarang. Baru saja angkat takbir untuk solat Maghrib, aku dah mula rasa terganggu. Sepanjang 3 rakaat tu, telefon bimbit seorang wanita( aku tak taulah emak siapa orang ni!!) yang hanya berselang 5 orang dari aku, asyik berbunyi. Sakitnya telinga aku.

Ada 2 hal yg buat aku jadi marah.
Pertama: Tuan punya telefon tak reti nak tutup atau silentkan telefon dia bila masuk ke surau. Tak biasa tengok agaknya pesanan syarikat telekomunikasi yg berbunyi: TIADA PANGGILAN SEPENTING SERUAN ILLAHI.
Kedua: Orang yang menelefon tu teramatlah bangangnya kerana tak sedar itu waktu solat. Tak boleh agak ke, kalau jam 7pm orang tak jawab call kau tu tandanya orang tengah mengadap Allah?

Imam Besar Masjid Al Azim sendiri yang imamkan solat Magrib/Taubat/Hajat dan Isya dan beri tazkirah yang ringkas, tepat, padat dan bernas. Intipatinya, Yang Berbahagia Datuk mengingatkan hadirin akan kehebatan DOA.

Tapi yang sedikit mengelirukan ialah ucapan oleh NYDP PIBG yg suruh budak2 spot soalan periksa dan kuasai!!Nasib baik Ustaz Musa yg jadi pengacara malis dengan nada bergurau membetulkan persepsi dgn kata-kata: SAYA CADANGKAN , SEBAIK2 CARA UNTUK SPOT SOALAN IALAH DENGAN SPOT SEMUA TAJUK DAN SEMUA BAB!!

Jawapan yg bagus Ustaz!!Saya sokong.

2 comments:

MeEhaF Le'FaZ said...

Talking about spotting the questions, this happened during my time too, most of the students will be focusing on the topics that they think its going to be out, unfortunately, when things do not turn up the way they want, that's it.

SPM is something need long term preparation since form 4 itself I reckon, instead of studying it in two months before examination. Its nothing like uni studies , where need less preparation but huge understanding.

Well again its all very subjective, for him to say that, its such a shame..Teacher tukar orang jadi PIBG ! LOL

p/s I love reading your blog..its so lively and bubbly like you teacher!

Dalila said...

A few years back I was the PTA assistant secretary. Now no more!
Very dangerous to spot questions. if the ones you spot did not come out, OUT YOU GO!!
Thanks for reading. Just writing my daily experience.