Tuesday, November 30, 2010

SMTI

Pagi tadi pegi sekolah kerana diarahkan oleh Pengetua untuk menyambut rombongan dari Sekolah Menengah Teknologi Industri Padang, Indonesia.
Ada empat orang guru berserta dua ejen pelancongan dari Malaysia dan Indonesia.Mereka datang untuk membuat perbincangan awal mengenai lawatan yang dicadangkan pada Januari 2011 nanti. Mereka suka dengan suasana SMTM.
Pertemuan mesra sesama pendidik yg berlangsung dengan harmonis. Tapi yang paling memeranjatkan ialah sesi persekolah mereka yg bermula jam 7 hingga jam 6!! Ini adalah kerana sekolah mereka banyak menjurus kepada praktikal. Maaf bapak2 dan ibu2, saya enggak mahu jadi guru di sekolah anda!!
Kata seorang daripada mereka, pelajar2nya yg nakal menggelar sekolah mereka SMTI sebagai Sekolah Menengah Tanpa Istirahat!

No comments: