Saturday, October 23, 2010

DI LAMPU ISYARAT


Berhenti di lampu isyarat

Merah yg menangguhkan laluanku

Berpaling ke kiri

Ada BMW325i yang segak bergaya

Hati jadi cemburu

Kerana tak mampu kumiliki

Apa kuidam

Kerana tak daya kugapai

Apa kuingin


Berpaling ke kanan

Ada wanita di usiaku

Mengayuh basikal berkarat rupa

Hati jadi pilu

Insaf bersyukur akan rezekiku

Allah beri kenderaan sederhana sempurna

Panas tak memijar

Hujan tak menghanyut


Ampunkan aku Ya Allah

Terlupa sedetik mensyukuri nikmatMu

Kerana godaan nilaian dunia

Terima kasih Ya Allah

Meminjamkan aku rezekiMu

Memudahkan urusan kehidupan

Mengutip rahmat yang Kautaburkan

Di segenap dataran dan lautan.

No comments: