Aku pernah bertanya pelajar2ku soalan ini.
APAKAH PAKAIAN TERCANTIK?
Maka ada yg kata: baju hari sanding, baju raya, baju baru...
Aku kata: SEMUA SALAH
PAKAIAN TERCANTIK ADALAH JUBAH KONVOKESYEN. KITA PAKAI JUBAH TU SETELAH BERJUANG DENGAN KERINGAT DAN AIR MATA. KITA DAPAT PAKAI JUBAH ITU KERANA KITA TELAH MENGORBANKAN BANYAK PERKARA. KITA BOLEH PINJAM DARI ORANG LAIN DAN PAKAI JUBAH ITU TAPI PERASAANNYA TAK SAMA DENGAN JUBAH YG KITA PAKAI WAKTU KITA KONVOKESYEN.PERASAAN ITU SUKAR DITERJEMAH DENGAN KATA-KATA SUKAR DILUKIS DGN WARNA.
Bagi aku, jubah konvokesyen tetap pakaian tercantik walaupun yg aku pakai dulu tu, dah pernah dipakai entah berapa ratus orang. Walaupun aku mampu beli pakaian yang cantik dan mahal, jubah yg mengiktiraf aku sebagai graduan tetap pakaian tercantik.
Dan aku jadi teringat saat aku memakai jubah itu dulu.... di UPM.Dan aku jadi teringat juga pada seorang insan yg tidak dapat merasa detik berharga itu kerana pada waktu itu dia tak punya wang untuk menghadiri konvokesyen.
No comments:
Post a Comment