Friday, October 1, 2010

NAMA


Khabarnya, menjelang 2012 sekolah-sekolah teknik termasuk Sekolah Menengah Teknik Melaka Bukit Piatu akan menjadi Kolej Vokasional. Mulai tahun depan, sekolah hanya akan ada 6 kelas form 4 saja. Lepas tu akan mula pengambilan pelajar2 untuk kursus Fotografi, Pelancongan dan Pemasaran. 6 kelas tu ialah kelas kejuruteraan saja. Sains Pertanian dan Keusahawanan dah tiada.

Implikasinya:

1. tahun depan bilangan pelajar dan bilangan kelas akan berkurangan - harap2 kurang masalah!!

2. guru-guru pun tentulah akan dikurangkan juga - alahai...yg ni malas nak pikir ni!!

10 tahun di SMTM, seluruh minda dan jiwa hanya di situ.

Harap2 khidmat guru English masih diperlukan.

Rasionalnya: Bidang Fotografi, Pelancongan dan Pemasaran adalah bidang yg memerlukan kefasihan berbahasa Inggeris!!(Ayat untuk menyenang hatiku yg gusar..)

Ironisnya:

SMTM akan menjadi institusi kelima yg ada kaitan dgn aku, yg menukar nama.

Mula2 aku belajar di Kangar English School yg kemudian ditukar jadi Sekolah kebangsaan Seri Indera

Lepas tu pergi Derma English School yg kini adalah SMK Derma

Kemudian aku belajar di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka yg sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Durian Daun.

Berikutnya aku belajar di Universiti Pertanian Malaysia yg kini jadi Universiti Putra Malaysia.

Dan kini sekolah tempat aku mencari rezeki juga akan bertukar nama. Walaupun kata orang apalah yg ada pada nama, tapi pernah terfikir, kalau tak ada nama macam mana nak panggil dan nak kenal org? Bagi sesetengah org, nama ada nilai sentimental.

Tapi aku tak akan menukar nama. Kerana inilah nama pemberian ibu bapaku yg sudah membawa aku ke merata tempat

Sesungguhnya nama yg baik itu doa. Memang tepat sekali.


No comments: