Friday, December 28, 2012

Home

It's a small house.
It is small.
But it is home.
Enough said.

Thursday, December 27, 2012

Hard?

“Was it hard?" I ask.
Letting go?"

Not as hard as holding on to something that wasn't real.” 
― Lisa Schroeder

Saturday, December 22, 2012

How Are You Feeling


Today the question at Facebook status:
How are you feeling,Fazilah?
Well, all sorts of feelings inside my heart and mind.
Being mere human, I feel happy, sad, angry, confused,excited,overwhelmed and most important; I feel blessed  thankful with every single thing Allah bestows upon me. He knows best and I accept whatever He decides.
He tested me with hurt, failure,illness, pain and meeting treacherous people who take advantage of me.
Yet, He gives me three wonderful filial children with good manners and brain, success in many areas & sometimes beyond my expectation, talent that takes me to many places, skills that save me in many situations, genuine friends who love me with all my faults and limitations and numerous good students who appreciate the little knowledge I give them.
I may not have what many other people have BUT I know I have many things other people do not have.
Syukur Alhamdulillah.
Life goes on.

Friday, December 21, 2012

My mind

From brotip.com:
never let somebody else take the fall for a mistake you made.
I just cannot resist saying:
never take the fall for a mistake somebody else made. 
(Don't make someone your victim and vice versa. That is dignity.)
~FazilahDahman~

Cantiknya rupa paras adalah sesuatu yg subjektif. Orang menilai kecantikan berdasar perspektif masing-masing.
Tapi cantiknya pekerti adalah sesuatu yg objektif.Jelas, tepat dan setara dalam budaya bangsa apa sekalipun.
Kalau kau biadap, orang dari apa bangsa/keturunan/agama apa pun tetap akan mengatakan perkara yang sama.
~FazilahDahman~

Friday, November 23, 2012

Wishing.....


Wishing,dreaming,hoping and praying
Things that make life goes on.
Things that make every single day bearable.
Wish that dreams do come true. Hope and Pray for miracles to happen.

Sunday, October 28, 2012

How I Wish...

How I wish I have more money. I mean cash money. Not that I am ungrateful with what The Almighty has given me. It's just that I wish to have more money to settle many problems, to fulfill many dreams and to accomplish many tasks.

I  wish I have more money so that I can keep more than the RM2K I set aside every month. I wish to have a bigger home than the terrace house I bought with the government loan, and that means I wish to buy it in cash. I wish to have another car though I am very thankful of my Persona which I paid in cash four years ago.It was my birthday present for myself. I really wish I earn double my pay now so that I can buy another present of the same kind for my coming birthday.

I dream of beautiful things that I will not feel guilty buying. I mean, right now I would feel guilty if I were to buy a pair of shoes that cost more than RM500.  My shoe limit is RM350.  Beyond that,  guilt would engulf me. I dream of handbags that cost RM 2K. The most expensive handbag I own is RM500. Beyond that, is another case of feeling guilty.

It would be a real comfort if I were to have more money in the sense I can help my eldest daughter in UK, because she is pursuing her doctorate without any scholarship. I would like to help my second daughter who has just started working, pay her study loan which is around RM4K. That is the amount she has to pay for securing a second class upper when she graduated. Thank God she was diligent enough to earn that grade. If she were to get lesser than second class upper she would have to pay double. And I would love to help my youngest daughter open a food outlet of her choice as she is now a demi chef in a high-end restaurant in Bangsar.

I do not think it is wrong to wish for more money. And I wish for the money to be earned according to religion and law. I wish for my own money the halal way.

Many people say money cannot buy happiness but it certainly solves many problems, fulfills many dreams and helps to accomplish many tasks. Happiness is how you perceive life and no one can determine your happiness because you are the one living your life.



Thursday, October 25, 2012

Two roads....

Good Deed



I am helping Syaza Marya, my daughter's best friend who wishes to help others who are less fortunate. This is what she exactly wrote:
Help Needed

Me & my friends are helping Rumah Amal Asnaf Al Barakh Sijangkang to have their own mini library cum study room.

we really need assistance in terms of unused/unwanted books. financial contributions will be greatly appreciated as well (especially those staying outside KL/Selangor and want to help as we do not have enough manpower to do pick ups of books etc.) thanks much!

Number to contact:
1)Syaza Marya: 0123109311
2)Aimi:0122328449
3)Dayan :0142310951
4)Ruzaimah: 0129100439
5)Fazlin: 0196783600
6)Syahida: 0178485048
7)Shiqin: 0122335318
8)Syaza Nadiah: 0126978586

Wednesday, October 24, 2012

Pandai

Cakap pandai.
Pandai bercakap.

Hampir serupa tapi sangat tak sama.
Berbeza makna berlainan hakikat.

Yang cakap pandai, seringnya mengkritik peribadi orang, selalu memberi komen-komen negatif terhadap usaha orang dan sangat pandai mengeluarkan perkataan-perkataan yang menggambarkan bahawa dia lebih tahu daripada orang lain.
Tapi, kalau suruh buat apa yang dia komen dan kritik tu, bukannya tahu pun.Cakap aja lebih.

Yang pandai bercakap, boleh diasuh/disuruh masuk pertandingan bahas/debate, pidato, pantun, choral speaking/public speaking, syarahan agama atau menjadi pengacara majlis.
Golongan ini menggunakan bakat anugerah Allah untuk memperkembang potensi diri,menaikkan nama sekolah/institusi/negeri/negara dan mencari rezeki.

Jadilah yang pandai bercakap BUKAN yang cakap pandai.


Tuesday, October 16, 2012

Alangkah...

Alangkah mudahnya kalau episod kehidupan boleh dilakar bagai episod cerpen yg memenangi anugerah.
Alangkah senangnya kalau watak-watak manusia yang ditemui boleh digarap bagai watak novella terlaris di pasaran.
Sayangnya episod kehidupan ini rahsia DIA maha segala. Sayangnya watak-watak manusia yang kutemui kadangnya sukar kunilai dari zahirnya semata.
~FazilahDahman~


Tuesday, October 9, 2012

Terlajak kata

Salah seorang GPK bertanya apa yang berlaku sebenarnya kerana dia mendengar orang bercakap bahawa aku mengamuk di bilik guru & mengeluarkan perkataan yang pedas yang membuatkan orang-orang tertentu jadi gusar.Dia bertanya kerana mahu tahu cerita dari pihak aku pula.

Kalau dah cakap siang tak pandang-pandang, cakap malam tak dengar-dengar, face the music then.

 Kalau mereka tak tahu menjaga lidah dari bercakap bukan-bukan tentang aku, kenapa pulak gusar bila lidah aku lebih tajam?

Kalau mereka boleh sesuka hati bermulut celupar kenapa kaget bila mulut aku lebih berbisa?

You asked for it man!! Even walls have ears, so watch out what you say.

Hanya kerana setiap minggu aku dilantik sebagai pengacara  untuk semua majlis rasmi sekolah, maka dengan lancangnya sekumpulan guru lelaki melabel aku "gila mike". Kau ingat aku lantik diri aku sendiri ke jadi pengacara majlis rasmi yang bersambung-sambung setiap minggu? Kau ingat aku teruja sangat ke jadi MC kat sekolah? Majlis antarabangsa pun aku dah pernah jadi MC.Majlis yang dikendalikan dalam dwi bahasa sekaligus pun aku dah berkali-kali buat.Kau jadi tukang kemas dewan pun tak layak!

Bila aku cakap aku pulangkan perkataan gila itu kepada yang berkata, kepada kaum keluarganya, tahu pulak takut.

Bila aku cabar suruh ambil alih tugas aku jadi pengacara  untuk dua majlis besar yang akan berlangsung dua minggu lagi tak ada pula yang berani.Cubalah, aku boleh aja buat tugas lain.

Hello!! Kalau muka macam korang, yang hanya tahu menceceh di belakang waktu Pengetua berucap, baiklah kau cermin diri kau dulu sebelum mengata aku. Dan kalau bercermin, muka kau bukan kacak mana pun.Muka tak lawa, budi bahasa tak ada, kau ingat aku nak respect?Kau ingat gred gaji kau tinggi dari aku, kau dah hebat sangat?Apatah lagi gred gaji kau sama dengan aku, lagi tak ada apa aku nak pandang.

Aku tak pandai mencari sengketa, tapi kalau ada yang memulakan, aku  tak akan undur walau setapak.

Roses


rose_bright_pink_water photorose_pink_flower photorose_light_purple_beautiful photo

Saturday, October 6, 2012

Pantun Ironis

Belajar tinggi-tinggi
Sijil ijazah bergulung-gulung
Tapi kalau tiada budi pekerti
Tak ada siapa yg akan sanjung.


Dari gerak rasa cetusan nurani:
Fazilah Dahman.

Sunday, September 30, 2012

Saturday, July 21, 2012

Ada Tiada

Apa yang aku ada
Apa yang aku tiada
Semuanya tertulis di kalam takdir
Kuterima segala dengan satu keyakinan
Bahawa
DIA lebih mengetahui
Maka aku tunggu segenap hikmahnya
Dalam doa harap tak pernah bernoktah.
~FazilahDahman/1 Ramadhan 1433H~







Sunday, July 15, 2012

Permanent

False hope broken promises
Make life miserable
Hurtful words emotional abuse
Leave a permanent wound in the heart.




~FazilahDahman~





Friday, July 13, 2012

Life is not always a walk in the park.There are rivers to cross mountains to climb.Sometimes we fall sometimes we cry. Sometimes we smile sometimes we sigh.But if we believe in ourselves and the Almighty, we will be able to face anything.~FazilahDahman.

Tuesday, June 12, 2012

Penang in Memory



Went to Penang 23-27 May 2012. Pictures at Esplanade...

Saturday, June 2, 2012

Hakikat

Rumah teresku sederhana rupa dan harga
Tapi itu kediaman  hasil titik peluhku
Kereta Personaku tak mahal; buatan tempatan
Tapi aku memilikinya secara tunai
Anak-anakku punya kereta kecil seorang sebuah
Itu juga aku beli tanpa meminjam


Aku sudah tidak sesihat dulu
Tapi aku masih mampu bekerja meraih rezeki
Aku hampir tak punya siapa-siapa
Kerana degilnya aku mencatur hidup semahuku


Terik mentari memijar
Dingin malam mencengkam
Ribut gelombang tak pernah reda
Duri kerikil sepanjang jalan
Tapi
Aku masih juga teguh berdiri
Kerana aku ini manusia yang redha
Akan segenap takdirnya Illahi
Kerana aku ini insan yang sentiasa percaya
DIA lebih tahu akan segala


Syukur.





Friday, June 1, 2012

Susah

Kalaupun aku susah asal saja aku tak menyusahkan orang lain, aku rasa senang.
Dan tatkala aku senang dengan tidak menganggu kesenangan orang lain, aku tak perlu susah memikir segala.


Akulah yang melakar perjalanan hidupku seizin Tuhan. Saat aku tidak memiliki apa-apa atau siapa-siapa pun, aku masih punya Dia yang sentiasa mendengar doa harapku.


Selamat datang Jun.Bawalah kebahagiaan hakiki bagi seorang aku yang tak pernah berhenti mencari.



Sunday, May 20, 2012

Suara Rasa



Kalaulah setiap yg berkalam di kalbu
Bisa kutitip di tinta bicara
Kalaulah segenap yg bersenandung di jiwa
Bisa kualun di suara rasa
Alangkah mudahnya perjalanan kehidupan.
~FazilahDahman: Dari Pinggir Selat Melaka.






























Tuesday, May 1, 2012

Nostalgia


Rembang petang  di daerah rantau,
Ada keluh rindu mengusik nostalgia,
Seorang aku menghitung detik waktu,
Perjalanan ini sarat dengan pengalaman,
Mengajar aku menjadi insan tak kenal putus asa
Jadi berani mendepani segala.



Saturday, April 28, 2012

Champ again.TQ Allah.

     To become a champion for the eighth time is NEVER easy but that happened on 19th April 2012. The debate team of Sekolah Menengah Teknik Melaka became champion in the Melaka-Negeri Sembilan Zone Inter Technic Debate Competition. Yours sincerely has been the manager and coach for 12 years non-stop.
      The school was the champion for six consecutive years; 2004-2009. We lost in 2010.In 2011,with drastic training, we won the title again and this year we maintain the achievement. For a school that has only form 4 and 5 students it is challenging to form a team.Every year is always a start from zero. I have to start afresh every year. In 2004, the first time we went to national level, all three debaters were form 4 students whose experience with debate was almost nil. But they persevered, they trained hard, they prayed hard and they bore my grueling training.I have a very sharp tongue, mind you.
       Every year my children always help me with the practice. This year is no different. In the beginning the second daughter and her elder sis helped out. Then she got a job in Shah Alam, leaving the eldest gal who is on  leave to be my only helper. But being a debater herself (many years ago!), with her gift of the gab, with her firm background in English language, she was a superb coach to the students.
       There's not much help from colleagues. I would say there's NO help at all from some of them. Knowing that this debate competition is a yearly affair and every technical school has to take part, I do not think that they do not know about it. Being young, they should take the opportunity to learn the trade to help them in the future. But, as they are not interested, I couldn't be bothered either. Well, if they expect me to beg them to help, they can go and fly a kite.
        So, this year we are going to national level again. Thank you God Almighty for my perseverance.

Monday, April 16, 2012

Lara

lara sengsara seorang aku
meniti hari-hari kelabu
penuh duga bersilang keliru
tidak terpamer di riak wajahku
kerana keyakinanku kukuh dan jitu
DIA sentiasa mendengar doa harapku
yang terbaik bagiku DIA yang maha tahu
.

Saturday, March 24, 2012

However

However articulate a person may be, there are times she is at loss for the right words to convey her feelings and illustrate her emotions. Some things are best left unsaid...


fazilahdahman

Saturday, March 17, 2012

Tugas

13March2012
Di auditorium parcel E, Putrajaya berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pegawai Teknikal Kokurikulum Kebangsaan.
Dalam surat jemputan dicatatkan - Bahasa Inggeris(Menengah)
Berdasarkan tugas selama ini, aku ingatkan ini adalah tugas lanjutan sebagai Pegawai Teknikal Bahas Bahasa Inggeris negeri Melaka. 
Apabila mendengar ucapan-ucapan daripada pegawai-pegawai tinggi Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pelajaran, aku panik sekejap!!Rupanya aku adalah Pegawai Teknikal untuk semua pertandingan koakademik Bahasa Inggeris peringkat Menengah di Melaka.Selain debate, aku juga kena ambil tahu tentang Public Speaking & Choral Speaking. Mana aku nak cari masa nak buat semua tu? Core business aku ialah mengajar.Ada hampir 100 murid Tingkatan 5 yang masa depan mereka bergantung kepada aku. Kalau gred English mereka tak bagus, maka susahlah mereka untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM.Ada 32 pelajar Tingkatan 4 yang perlu aku asuh & gilap untuk SPM tahun hadapan.Nak menyelaras segala macam pertandingan ni lagi?
Bukan setakat panik, tapi dah jadi satu kerisauan sudahnya.
Selesai majlis di Putrajaya aku ke Mandarin Court Hotel untuk Mesyuarat  Teknikal Program Koakademik Bahasa Melayu& Bahasa Inggeris. 4 hari memerah otak bersama pegawai-pegawai teknikal dari negeri lain untuk menggubal tajuk debate/public speaking/story telling. Apa yang aku tak pernah tahu, akhirnya aku jadi sangat tahu.Apa yang aku tak pernah ambil peduli selama ini, dah jadi tugas akhirnya.
Sedetik terlintas di benak, kenapa aku tak dilantik untuk semua ini sewaktu aku masih muda & sihat tanpa sebarang masalah kesihatan seperti sekarang? Waktu itu juga aku segera insaf bahawa Allah tidak memberikan semua ini dahulu kerana aku masih belum mempunyai ilmu & pengalaman yang mencukupi. Sekarang pun aku  masih perlu belajar banyak perkara, tapi berbanding dulu, tentulah sekarang ilmu& pengalamanku sudah bertambah setelah 27tahun menjadi guru.
Ya Allah, berilah aku kekuatan jiwa &semangat, rohani & jasmani untuk menunaikan segenap tugas & tanggungjawab ini.

Saturday, March 10, 2012

Fitnah

Kalau nak popular di kalangan pelajar, ajar mereka dengan penuh dedikasi.
Kalau nak disukai kawan rakan, mesti bersikap jujur dan ikhlas.
Kalau nak disenangi orang atasan/ketua jabatan, buatlah kerja dengan sempurna.
Bukan dengan cara memfitnah orang lain.
Jangan lumur najis di tempat mencari rezeki.
Itu sifat manusia keji.

~Kata-kata pedas dan tajamku untuk seorang yang baru setahun jagung menjadi guru namun hebat sekali menabur fitnah agar dia kelihatan bagus demi menutup sifat songsang dirinya yang terperangkap dalam halusinasi sendiri, yang confused akan jati diri sama ada lelaki atau perempuan!! 
Namun aku amat berpuas hati apabila dapat menyebut padanya di depan pentadbir: "Siapa awak, yang saya nak rasa cemburu? Taraf awak di bawah tapak kaki saya."
Bukan. Bukan aku sombong dan angkuh, tapi aku mempertahankan maruah diriku apabila dia memfitnah bahawa aku cemburukan dia. 
"Kau belum habis2 buat tesis untuk masters kau sedang anak aku adalah best student Bachelor dan Masters, apa yang aku nak cemburu?Grammar kau lintang pukang walaupun kau mengajar English,buat text debate budak2 pun macam longkang, apa yang aku nak cemburu? Kau baru jadi MC satu majlis kecil, sedang aku dah mengacarakan beratus majlis, apa yang aku nak cemburu? Dan tentulah aku tak ada apa nak cemburu pondan macam kau!! Kau nak jadi gay ke,nak jadi jalang ke, tak ada pun aku ambil peduli.Itu urusan kau dengan Tuhan.Tapi bila kau mencemar maruah aku dengan fitnah celaka kau, maka aku wajib membuat aduan rasmi terhadapkau. "

Aku tak diajar memasukkan pasir di periuk nasi orang. tapi aku pun tak diajar untuk berundur walau setapak apabila maruah aku dicemar.
 
Walaupun kau bermati-matian menafikannya, apa maknanya apabila engkau tak berani bersumpah dengan Al Quran sedang aku berbuat demikian?

Sudah terang lagi bersuluh, kau memang JAHAT.

Sunday, February 12, 2012

CERITA

CERITA:
Dua orang lelaki yang bersahabat mengembara merentasi padang pasir yang luas.Dalam perjalanan di tengah panas terik itu mereka telah berselisih faham sehingga berlaku pergaduhan dan seorang daripada mereka memukul sahabatnya itu sehingga luka berdarah namun sahabatnya hanya membiarkan dirinya dipukul.
Bila pergaduhan itu berakhir, sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu dan menulis di 
atas pasir: 'HARI INI SAHABATKU MEMUKULKU.'
Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan dan akhirnya di penghujung gurun mereka bertemu sebuah sungai yang airnya jernih. Sahabat yang dipukul tadi, tanpa berlengah terjun ke dalam sungai, barangkali kerana terlalu haus, atau mahu menyejukkan badan. Namun di sebalik kejernihan airnya,sungai itu sangat dalam dan dia tidak pandai berenang.Saat dia terkapai-kapai mencari ruang bernafas, sahabat yang tadi memukulnya, terjun ke dalam sungai dan menyelamatkannya. Setelah segar semula, dia mengukir di atas batu: 'HARI INI SAHABATKU MENYELAMATKANKU.'
Sahabat yang memukulnya pun bertanya: 'Mengapa sewaktu aku memukulmu kautulis di atas pasir sedangkan bila aku menyelamatkanmu kau bersusah payah memahatnya di atas batu?'
Maka kata sahabatnya:
"Kesedihanku keranamu, aku tulis di atas pasir
Kelak ditimpa hujan dibawa angin
Tapi
Kebaikanmu terhadapku, aku ukir di batu
Buat ingatan selama-lamanya."

(Ertinya kita sentiasa kena ingat kebaikan orang pada kita dan berusaha melupakan kesedihan/kesilapan yang disebabkan mereka. Memang payah melupakan guris luka di hati mahupun di tubuh.Memang sukar meluputkan ingatan akan sengsara di jiwa, namun terlebih baik kita sentiasa menyanjung budi orang selamanya dengan memahatnya dalam ingatan
.

Wednesday, February 8, 2012

Yang pergi yang kunanti


Kelmarin yang pergi
Adalah jejak pengalaman di pantai hati
Esok yang dinanti
Adalah pengharapan dari nyalaan mimpi
Hari ini yang kuhadapi
Adalah realiti nyata dan pasti 
Berdiri aku di persimpangan ini
Antara pengalaman,realiti dan mimpi
Mencari bahagia hakiki
Demi sebuah harga diri.


FazilahHajiDahman
8Feb2012

Thursday, February 2, 2012

Tinta pagi

"Akukah yang terlewat
Waktukah yang tercepat
Namun ianya adalah nikmat
Terselindung segenap rahmat.






Pagi yg gelap nantinya ada mentari menerangi
Malam yg kelam akan ada bulan bintang menyuluhi
Demikian perbandingan insan perlu ingati
Bahawa tiap kesusahan akan berganti pasti
Dengan limpah kesenangan rahmat Illahi
Maka SABAR dengan tiap dugaan dihadapi.
~FazilahDahman."

Wednesday, January 25, 2012

Dreams


Monday, January 23, 2012

Bicara rasa insan yg kukagumi.

"Buat apa yang mampu dalam keadaan yang ada. Terima apa yang diberi dan bersyukur sentiasa. What's next only God knows so life goes on. Dugaan yg diterima adalah peringatan bahawa kita sentiasa kena ingat Tuhan kerana ada banyak perkara di dunia ini adalah di luar batas jangkauan kita sebagai insan. Doa & bersyukur adalah usaha dan penyelesaian yang terbaik.


Sunday 22ndJanuary2012"

Never listen with predetermined notion



www.ezsoftech.com
Islamic Words of Wisdom: 
Never listen with a predetermined notionA teacher teaching Math's to seven-year-old Kazim asked him, "If I give you one apple and one apple and one apple, how many apples will you have?" Within a few seconds Kazim replied confidently, "Four!"
The dismayed teacher was expecting an effortless correct answer (three). She was disappointed. "Maybe the child did not listen properly," she thought. She repeated, "Kazim, listen carefully. If I give you one apple and one apple and one apple, how many apples will you have?"
Kazim had seen the disappointment on his teacher's face. He calculated again on his fingers. But within him he was also searching for the answer that will make the teacher happy. His search for the answer was not for the correct one, but the one that will make his teacher happy. This time hesitatingly he replied, "Four..."
The disappointment stayed on the teacher's face. She remembered that Kazim liked strawberries. She thought maybe he doesn't like apples and that is making him lose focus. This time with an exaggerated excitement and twinkling in her eyes she asked, "If I give you one strawberry and one strawberry and one strawberry, then how many you will have?"
Seeing the teacher happy, young Kazim calculated on his fingers again. There was no pressure on him, but a little on the teacher. She wanted her new approach to succeed. With a hesitating smile young Kazim enquired, "Three?"
The teacher now had a victorious smile. Her approach had succeeded. She wanted to congratulate herself. But one last thing remained. Once again she asked him, "Now if I give you one apple and one apple and one more apple how many will you have?"
Promptly Kazim answered, "Four!"
The teacher was aghast. "How Kazim, how?" she demanded in a little stern and irritated voice.
In a voice that was low and hesitating young Kazim replied, "Because I already have one apple in my bag."
Moral of the Story: "When someone gives you an answer that is different from what you expect don't think they are wrong. There maybe an angle that you have not understood at all. You will have to listen and understand, but never listen with a predetermined notion."
(This is a reminder to myself as a teacher.)

Sunday, January 8, 2012

catatan sepi

Kadang tak punya kata-kata untuk melakarkan perasaan
Kadang tak punya bicara untuk mengungkap keluh jiwa..

catatan sepi 8.1.2012