Friday, May 27, 2011

school holidays

Last day of school for this term. By 10am students of SMTM started to leave the school compound EXCEPT for my debaters who are going to Kuantan to take part in Inter Technical Schools Debate; their training began there and then. This is the seventh time SMTM is going to the National level. We started the national level outing in 2004 until 2009, broke the consecutive-chain in 2010 and start again this year. Won the coveted national trophy in 2007 in Kelantan and this year we are trying again.
Training debaters is never easy. But it is part of my duty since 2001, so I take it as a responsibility. Even my daughters help me to train them. I just hope and wish and PRAY that God Almighty will bless my team. Amin.
Kuantan, here we come...

Saturday, May 21, 2011

MOTHER


THERE IS JUST ONE, AND ONLY ONE
WHOSE LOVE SHALL FAIL ME NEVER
JUST ONE WHO LIVES FROM SUN TO SUN
WITH CONSTANT FOND ENDEAVOR
THERE IS JUST ONE, AND ONLY ONE
ON EARTH THERE IS NO OTHER
IN HEAVEN A NOBLE WORK WAS DONE
WHEN GOD GAVE MAN A MOTHER.
Eartha Mary Magdalene White.
(A tribute to my late Mother Hajah Timah Bt Haji Samah)

Sunday, May 15, 2011

Hari Guru

16 May datang lagi.
16 May ialah Hari Guru.
Hari yang bermakna bagi seorang aku yang bernama guru. Dan setiap kali Hari Guru agenda wajib ialah menyanyikan lagu Guru Malaysia. Aku mendengar lagu ini buat kali pertama pada sambutan Hari Guru peringkat Negeri Perlis pada tahun 1981. Waktu itu aku di Upper Six dan jadi Head Girl Sekolah Menengah Derma. Cikgu Mohd Safar B Yahya (moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.) bawa aku dan beberapa murid lain ke majlis tersebut.Kali pertama aku dengar lagu itu, aku rasa melodi dan liriknya sangat menarik. Genap setahun, pada tahun berikutnya aku melangkah ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun Melaka dan sepanjang minggu orientasi kena nyanyi lagu tu sampai betul. dan sejak itu, setelah lebih suku abad, dari seorang guru bukan siswazah hingga jadi guru siswazah aku sentiasa teruja menyanyikan lagu Guru Malaysia dengan sepenuh hati, tak perlu merujuk kertas. Lagu itu sangat lekat di hati.
Dan aku rasa aku betul-betul menghayati lirik lagi itu dalam kerjayaku, Sebab itu aku pergi melatih pembahas sekolah walaupun pada hujung minggu.(Aku sangat tak suka kalau pasukanku kalah!)
Sebab itu aku pergi mengajar di kelas tambahan dan kelas bimbingan yang elaunnya tidak mewah, sekadar cukup untuk mengisi minyak kereta saja. (Dan harga petrol pun asyik naik saja!!)
Sebab itu aku marah murid-muridku yang pemalas dan asyik bergembira sepanjang waktu dan hanya mula insaf bila SPM dah tinggal sebulan.(Dah terlambat sebenarnya insaf pada waktu itu!)
Sebab itu aku tegur murid-muridku yang sengaja mencabar peraturan sekolah dan bangga pula berbuat demikian. (Malangnya bila surat akuan sekolahnya tertera perkataan MEMUASKAN bagi kelakuan, mereka marah/sedih/menyumpah/menangis!!).
Sebab itu aku masih jadi GURU sampai ke hari ini.
Selamat Hari Guru untuk semua yang bernama GURU, teristimewa untuk bekas-bekas guruku:
*Puan Noraini Bt,Ahmad yang mengajar aku semasa aku di Standard One Yellow- guru yang memperkenalkan erti seronoknya berada di pentas persembahan padaku apabila aku dipilih untuk menari Scottish Dance pada Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Kangar English School pada tahun 1969.Dan kerana dia aku tak pernah kenal apa itu stage fright. Suka lagi ada!! Aku masih ingat baju kuning dan skirt merah menyala yang aku pakai pada waktu itu.
* Encik Idrus Wan Bain yang mengajar aku di Darjah 6A- guru yang melihat bakat berpidato dalam diriku bila aku disuruh menyampaikan ucapan mewakili murid-murid Darjah 6 yang akan meninggalkan sekolah rendah.Bakat yang aku sendiri tidak sedari sebenarnya,
* Encik Mohd Safar B Yahya(Allahyarham) yang sentiasa percaya bahawa aku punya kebolehan menulis karangan yang bagus dan boleh berbahas meski tanpa penyokong. Maka aku sering dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan tersebut. Sesuatu yang masih kulakukan meski sudah bergelar guru.Asas yang kukuh datang dari dia.
* Tuan Haji Mat Husin B Derani yang mengajar aku subjek Sejarah semasa aku di Form 3 Delta. Pengetahuannya dalam subjek yang diajar sangat mengkagumkan dan menjadi sumber inspirasi bagiku. Dia tak perlu merujuk buku teks dan ironisnya dia mengakhiri kerjaya sebagai Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia.
* Puan Asmara Bt Sulong Pengetua di SMTM sewaktu aku mula-mula sampai di sini 11 tahun lalu kerana mengajar aku sesuatu yang sangat berharga dengan kata-katanya: "Kalau nak kritik cadangan atau kerja orang lain, pastikan kita dapat berikan cadangan yang lebih baik dan dapat buat kerja itu dengan lebih bagus. Kalau hanya sekadar nak kritik saja, baik tak usah."
Dan untuk semua (juga para pensyarah di MPPM dan UPM) yang aku tak punya ruang untuk menyebut, aku himpunkan doa semoga Allah sejahterakan kalian dunia dan akhirat.Terima kasih Cikgu.
It is who you are that made who I am.
"Seorang guru sering lupa murid-muridnya kerana ramainya mereka.
Seorang murid sentiasa ingatkan gurunya kerana banyak jasanya."
SELAMAT HARI GURU.

Saturday, May 7, 2011

4 Mei 2011

Hari Rabu paling sibuk semenjak awal tahun. SMTM menjadi tuan rumah Debate Kejohanan Antara Teknik Zon Melaka-Negeri Sembilan. Aku adalah Pegawai Teknikal yang menyelaras seluruh pertandingan. Tapi aku juga Pengurus pasukan debate SMTM.
Penat betul. Semenjak jam 7.30pg hingga 6.30 ptg acara berlangsung. Syukurlah segenap usaha dibalas dengan kejayaan pasukan sekolahku menjadi JOHAN. Walaupun banyak cacat cela tapi pasukan yang aku asuh dan latih berjaya juga. Sebak juga aku waktu mengumumkan keputusan pertandingan. Ya...aku juga Pengacara untuk Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah. Rasa terhenti degupan jantung tatkala Ketua Hakim menghulurkan keputusan pertandingan.
Tak tahulah apa jadi kalau di kertas keputusan itu tertera bahawa pasukan lawan yang menang!! Tentulah amat sedih...Tapi Syukurlah, kemenangan untuk pasukan sekolahku.
Hari Khamis, aku sakit tekak, dan sakit-sakit badan. Hari Jumaat terus cuti sakit. Demam, batuk dan selsema.
Dan mulai minggu depan bermulalah persediaan untuk ke kejohanan di peringkat kebangsaan. Ada 3 tajuk lagi nak kena prepare...penat memikirkan semua tu. Tapi, inilah tugasku semenjak 2001. Maka, aku akur dengan tuntutan tugas ini.

Mentari bulan Mei

Terik mentari bulan Mei

Menghangatkan sejalur rinduku padamu...

Desir angin di celah daunan

Mengusik ingatan pada waktu yang hilang..
.

Monday, May 2, 2011

MC

Menjadi pengacara majlis i.e. MC yg dapat mengendalikan majlis dgn lancar dan sempurna memang sesuatu yg seronok. Syukur pada Tuhan yg memberikan bakat dan kelebihan ini. Syukur pada Tuhan yg memberiku lidah yg petah dan pertuturan yang fasih.

Sayangnya, yg tak berapa seronok ialah apabila ada orang yg datang meminta teks yg aku buat sendiri itu untuk digunakannya di majlis yg dia nak jadi MC. Yg ini aku memang tak seronok. Sebabnya mudah saja. Bagiku skrip pengacara aku adalah hakcipta terpelihara, hak milik peribadi. Segala pantun yg ada dalam skrip aku, adalah ciptaan aku atau pantun tradisional yg aku cari sendiri.

Dan aku dah bosan melalui pengalaman hidup di mana orang lain berbangga dan mendapat pujian dari hasil usahaku. Jadi, aku memang tak bagi.