Monday, October 14, 2013


Gurindam Kalau Jadi Guru


Kalau jadi guru pilihan terakhir
Kerja pun banyak kucar kacir

Kalau jadi guru untuk menyambung tradisi
Baik bagi peluang orang lain mengisi

Kalau jadi guru konon kerja separuh hari
Selalu hilang hingga penat orang mencari

Kalau jadi guru sekadar suka-suka
Ramai murid yang akan berduka

Kalau jadi guru kerana terpaksa
Segenap jiwa akan tersiksa

Kalau jadi guru ingat boleh kaya harta
Memang impian yang payah jadi nyata

Kalau jadi guru kenalah beringat sentiasa
Kita mencarta masa depan manusia

Kalau jadi guru mestilah sepenuh jiwa
Rezeki yang berkat diberi Yang Maha Esa.

~Hakcipta terpelihara:FazilahDahman~

Sunday, October 13, 2013