Friday, March 22, 2013

Suara rasa seorang aku bernama guru

Bagi kami yg bernama guru
Sebagaimana kami mahu anak-anak kami pandai
Sedetik tidak berkurang kami mahu anak-anak murid kami juga pandai
Sebagaimana kami mendoakan kejayaan anak-anak kami
Selangkah pun tidak surut doa kami untuk anak-anak murid
Tapi jangan lupa
Kami ini manusia biasa
Punya rasa yang serupa
Sering juga tersentuh hati
Apabila murid dan ibu bapa menghargai budi kami yg setitik cuma
Terkadang hilang kesabaran terguris rasa
Dengan bemacam karenah dan dakwa dakwi
Terima kasih atas kerjasama ibu bapa
Tapi kami ini manusia kecil yg tiada apa-apa kuasa
Kami punya kemampuan yg terbatas
Namun inilah pekerjaan kami
Kerana di sini pintu rezeki.

~Suara hati Pn Fazilah Binti Dahman di Mesyuarat Agung PIBG SMTM 22.March.2013. Tak ada teks kerana aku berbicara dari hati, mengulang pegangan diri mewakili rakan2 seperjuangan.
(Apabila sang pengacara majlis meninggalkan rostrum untuk berdiri di tengah dewan, menyatakan apa yg terpendam di hati, ada airmata yg tumpah...)

Wednesday, March 6, 2013

Doa

Tuhanku,
Untuk segenap ujian
Yang Kauberi padaku
Aku mohon
Kauberikan juga
Kekuatan untuk  menghadapinya
Keimanan untuk meredhainya

Sunday, March 3, 2013

Dugaan

Dugaan-dugaan yang tak pernah berhenti
Datang sering bersilih ganti
Menguji tabahnya sekeping hati
Menduga sabar yang masih berbaki

Aku kadang rasa terkilan
Melihat mereka yang tanpa ujian
Sedang aku bernafas dalam cabaran
Menghimpun kudrat di takdir Tuhan

Tapi sesaat itu juga
Rasa terkilan kukikis segera
Kerana aku sedar satu perkara
Segalanya adalah ujian daripada DIA.
3/3/13.