Saturday, February 16, 2013

JANGAN


Jangan kautanya
Mengapa jalan berduri ini yang kupilih 
Jangan kau persoal
Mengapa begini tindakanku
Jangan kau meneka
Mengapa keputusan ini yang kuambil 
Kerana 
Laluan hidupku tidak serupa denganmu
Kerana 
Aku adalah aku yang menerima segenap takdir
Seadanya 
Tanpa menyoal Tuhan yang lebih tahu segala.
~FazilahDahman~
Petang yang basah dengan gerimis 
-Dari pinggir Selat Melaka

Tuesday, February 12, 2013

Satu waktu

Satu waktu
Aku ingin melupakan semua kelukaan sengsara jiwa
Satu waku
Aku ingin menghakis setiap kenangan yang menyakitkan
Satu waktu 
Aku ingin berpaling melihat silam yang penuh duka tanpa airmata
Satu waktu itu
Masih belum hadir di takwim diri
Meski aku sudah tabah berdiri di atas kaca.
~Fazilah Dahman~
Dari pinggir Selat Melaka



Saturday, February 9, 2013

RUMAH


RUMAH
Rumah besar kayu cengal pusaka peninggalan arwah pak -di kampung nun di utara,
Rumah teres kecil batu bata kubeli dgn pinjaman kerajaan- di tengah bandar di pinggir Selat Melaka,
Rumah pusaka di tepi sawah di pinggir sungai ada banyak pokok,
Rumah aku di tepi jalanraya 4 lorong di depan Melaka Sentral-Jusco-Tesco-Mydin ada banyak kenderaan,
Rumah aruah pak sejuk sunyi dan aman,
Rumah aku panas banyak habuk dan bising hampir 24jam,
Tapi
Rumahku ini adalah kediaman hasil rezeki keringat dan airmata
Maka kusyukuri segala ketentuan Illahi.

Tuesday, February 5, 2013

Doa

Sunday, February 3, 2013