Saturday, March 24, 2012

However

However articulate a person may be, there are times she is at loss for the right words to convey her feelings and illustrate her emotions. Some things are best left unsaid...


fazilahdahman

Saturday, March 17, 2012

Tugas

13March2012
Di auditorium parcel E, Putrajaya berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pegawai Teknikal Kokurikulum Kebangsaan.
Dalam surat jemputan dicatatkan - Bahasa Inggeris(Menengah)
Berdasarkan tugas selama ini, aku ingatkan ini adalah tugas lanjutan sebagai Pegawai Teknikal Bahas Bahasa Inggeris negeri Melaka. 
Apabila mendengar ucapan-ucapan daripada pegawai-pegawai tinggi Bahagian Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pelajaran, aku panik sekejap!!Rupanya aku adalah Pegawai Teknikal untuk semua pertandingan koakademik Bahasa Inggeris peringkat Menengah di Melaka.Selain debate, aku juga kena ambil tahu tentang Public Speaking & Choral Speaking. Mana aku nak cari masa nak buat semua tu? Core business aku ialah mengajar.Ada hampir 100 murid Tingkatan 5 yang masa depan mereka bergantung kepada aku. Kalau gred English mereka tak bagus, maka susahlah mereka untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM.Ada 32 pelajar Tingkatan 4 yang perlu aku asuh & gilap untuk SPM tahun hadapan.Nak menyelaras segala macam pertandingan ni lagi?
Bukan setakat panik, tapi dah jadi satu kerisauan sudahnya.
Selesai majlis di Putrajaya aku ke Mandarin Court Hotel untuk Mesyuarat  Teknikal Program Koakademik Bahasa Melayu& Bahasa Inggeris. 4 hari memerah otak bersama pegawai-pegawai teknikal dari negeri lain untuk menggubal tajuk debate/public speaking/story telling. Apa yang aku tak pernah tahu, akhirnya aku jadi sangat tahu.Apa yang aku tak pernah ambil peduli selama ini, dah jadi tugas akhirnya.
Sedetik terlintas di benak, kenapa aku tak dilantik untuk semua ini sewaktu aku masih muda & sihat tanpa sebarang masalah kesihatan seperti sekarang? Waktu itu juga aku segera insaf bahawa Allah tidak memberikan semua ini dahulu kerana aku masih belum mempunyai ilmu & pengalaman yang mencukupi. Sekarang pun aku  masih perlu belajar banyak perkara, tapi berbanding dulu, tentulah sekarang ilmu& pengalamanku sudah bertambah setelah 27tahun menjadi guru.
Ya Allah, berilah aku kekuatan jiwa &semangat, rohani & jasmani untuk menunaikan segenap tugas & tanggungjawab ini.

Saturday, March 10, 2012

Fitnah

Kalau nak popular di kalangan pelajar, ajar mereka dengan penuh dedikasi.
Kalau nak disukai kawan rakan, mesti bersikap jujur dan ikhlas.
Kalau nak disenangi orang atasan/ketua jabatan, buatlah kerja dengan sempurna.
Bukan dengan cara memfitnah orang lain.
Jangan lumur najis di tempat mencari rezeki.
Itu sifat manusia keji.

~Kata-kata pedas dan tajamku untuk seorang yang baru setahun jagung menjadi guru namun hebat sekali menabur fitnah agar dia kelihatan bagus demi menutup sifat songsang dirinya yang terperangkap dalam halusinasi sendiri, yang confused akan jati diri sama ada lelaki atau perempuan!! 
Namun aku amat berpuas hati apabila dapat menyebut padanya di depan pentadbir: "Siapa awak, yang saya nak rasa cemburu? Taraf awak di bawah tapak kaki saya."
Bukan. Bukan aku sombong dan angkuh, tapi aku mempertahankan maruah diriku apabila dia memfitnah bahawa aku cemburukan dia. 
"Kau belum habis2 buat tesis untuk masters kau sedang anak aku adalah best student Bachelor dan Masters, apa yang aku nak cemburu?Grammar kau lintang pukang walaupun kau mengajar English,buat text debate budak2 pun macam longkang, apa yang aku nak cemburu? Kau baru jadi MC satu majlis kecil, sedang aku dah mengacarakan beratus majlis, apa yang aku nak cemburu? Dan tentulah aku tak ada apa nak cemburu pondan macam kau!! Kau nak jadi gay ke,nak jadi jalang ke, tak ada pun aku ambil peduli.Itu urusan kau dengan Tuhan.Tapi bila kau mencemar maruah aku dengan fitnah celaka kau, maka aku wajib membuat aduan rasmi terhadapkau. "

Aku tak diajar memasukkan pasir di periuk nasi orang. tapi aku pun tak diajar untuk berundur walau setapak apabila maruah aku dicemar.
 
Walaupun kau bermati-matian menafikannya, apa maknanya apabila engkau tak berani bersumpah dengan Al Quran sedang aku berbuat demikian?

Sudah terang lagi bersuluh, kau memang JAHAT.