Penat betul. Semenjak jam 7.30pg hingga 6.30 ptg acara berlangsung. Syukurlah segenap usaha dibalas dengan kejayaan pasukan sekolahku menjadi JOHAN. Walaupun banyak cacat cela tapi pasukan yang aku asuh dan latih berjaya juga. Sebak juga aku waktu mengumumkan keputusan pertandingan. Ya...aku juga Pengacara untuk Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah. Rasa terhenti degupan jantung tatkala Ketua Hakim menghulurkan keputusan pertandingan.
Tak tahulah apa jadi kalau di kertas keputusan itu tertera bahawa pasukan lawan yang menang!! Tentulah amat sedih...Tapi Syukurlah, kemenangan untuk pasukan sekolahku.
Hari Khamis, aku sakit tekak, dan sakit-sakit badan. Hari Jumaat terus cuti sakit. Demam, batuk dan selsema.
Dan mulai minggu depan bermulalah persediaan untuk ke kejohanan di peringkat kebangsaan. Ada 3 tajuk lagi nak kena prepare...penat memikirkan semua tu. Tapi, inilah tugasku semenjak 2001. Maka, aku akur dengan tuntutan tugas ini.
No comments:
Post a Comment