Sunday, October 31, 2010

Keluhan


Sudah beberapa hari aku tak sempat mencoret di sini. Minggu lepas adalah minggu sibuk untuk aku. Semenjak Isnin (25/10/10) aku terpaksa buat beberapa kerja translation utuk multimedia presentation tentang Sekolah Menengah Teknik Melaka. Semua tu kerana sekolah akan dilawati oleh pelawat dari luar negara bersama pegawai2 Kementerian Pelajaran. Pada masa yang sama aku kena buat teks ucapan untuk speaker Dewan Undangan Negeri yg akan datang ke sekolah pada 28/10/10 dan teks ucapan Pengetua dalam Bahasa Inggeris untuk dia berucap kepada tetamu-tetamu luar negara.

Pada hari Rabu 27/10/10 tetamu-tetamu pun datang. Aku jadi MC saja, tak ada buat lain pun.Semuanya berjalan lancar. Tapi bila habis saja multimedia presentation...Wakil pertubuhan di bawah UNICEF dari Filipina, Thailand, Afghanistan tanya macam2 soalan. Kerana semua org berpangkat tak menjawab, aku lah yg jadi tukang jawab!! Nasib baik soalan yg ditanya tu aku tahu apa nak jawab walaupun aku ni bukannya Pentadbir, bukan Guru Kanan Matapelajaran. Cuma Ketua Panitia Bahasa Inggeris saja aku ni!!Bakat aku sebagai debater betul2 tercabarlah hari Rabu tu!! Nak gelak pun ada, kerana kebiasaanku yang nakal, maka ada jawapanku juga berbunyi nakal!!Ketawa semua org !!

Semasa menunggu tetamu2 datang pengetua bagitau aku yang sekolah teknik yg di Bukit Katil nak pinjam aku untuk jadi MC Majlis Graduasi yang dikelolakan sekolah tersebu pada 30/10/10t. Aku akur sajalah. Pertama aku rasa aku tak boleh takbur dgn bakat yang Allah bagi pada aku. kedua; Pengetua sekolah tu sebelum ni adalah Pengetua aku di sini. Dia baik orangnya. Seganlah aku nak menolak!!

Hari Khamis aku jadi MC lagi untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Kali ini aku jadi MC dgn Fazidah. Yang bestnya, aku dapat hadiah juga- Anugerah Unit HEM Terbaik. Budak2 suka ria tepuk tangan bila Fazidah panggil nama aku untuk naik pentas!MC pun dapat hadiah juga...Habis majlis aku jumpa Pengetua untuk pastikan tugas aku pada 30/10. Surat baru saja difax. Aku diarahkan pegi buat raptai dan kendalikan Majlis itu sehingga aku dikecualikan hadir ke ULKS pada hari Sabtu!!

Hari Jumaat aku tak pegi sekolah sebaliknya pegi sekolah orang. Dapat teks MC yg sudah disediakan. Aku rasa macam tak selesa baca teks org buat. Habis raptai aku balik dan mengadap netbook aku dan tulis semula keseluruhan teks!!Penat gak..tapi puas hati.Aku mana reti jadi MC, baca teks org!!

Pagi Sabtu raptai akhir. Balik rumah jam 12.30. Makan dan solat dan ganti baju. 2pm majlis berlangsung. Alhamdulillah semuanya lancar dan berakhir dgn jayanya. Tapi penatnya sampai hari ni belum hilang. Semasa kendalikan Majlis Graduasi Pertama Sijil Kemahiran Malaysia Sekolah teknik/Vokasional Zon Melaka/ Negeri Sembilan, aku jumpa kawan lama dan aku dapat kawan baru. Yang gelinya, Ketua Sektor pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran heran macam mana aku boleh ada kat situ? Dia ingat aku dah bertukar ke sekolah tu. Aku jawab: Saya on loan di sini, tuan!!

Bakat yang Tuhan anugerahkan pada aku membawa aku ke berbagai majlis. Sungguh aku bersyukur Allah beri aku kepetahan lidah. Sunnguh aku bersyukur aku dipinjamkan kebolehan yang tak ada pada orang lain.

Sunday, October 24, 2010

Keputusan



Mencari suaramu
Makin hilang dari kotak dengar
Mencari wajahmu
Kian pudar di arkib mimpi

Di manakah dikau
Nanar aku menunggu
Parah hatiku mengharap
Hadirmu membawa secangkir rindu

Kiranya
Kau mahu menjauh
Di jalanan berbeza
Aku enggan merayu

Kerana aku punya harga diri.



Saturday, October 23, 2010

DI LAMPU ISYARAT


Berhenti di lampu isyarat

Merah yg menangguhkan laluanku

Berpaling ke kiri

Ada BMW325i yang segak bergaya

Hati jadi cemburu

Kerana tak mampu kumiliki

Apa kuidam

Kerana tak daya kugapai

Apa kuingin


Berpaling ke kanan

Ada wanita di usiaku

Mengayuh basikal berkarat rupa

Hati jadi pilu

Insaf bersyukur akan rezekiku

Allah beri kenderaan sederhana sempurna

Panas tak memijar

Hujan tak menghanyut


Ampunkan aku Ya Allah

Terlupa sedetik mensyukuri nikmatMu

Kerana godaan nilaian dunia

Terima kasih Ya Allah

Meminjamkan aku rezekiMu

Memudahkan urusan kehidupan

Mengutip rahmat yang Kautaburkan

Di segenap dataran dan lautan.

Thursday, October 21, 2010

AKU MASIH DI SINI


aku masih di sini
mengutip sisa-sisa hari kelmarin
menghimpun mimpi-mimpi hari esok
mendepani cabaran hari ini

aku masih di sini
dengan seribu luka
di sebalik tawa
dengan sejuta sengsara
di sebalik senyum

aku masih di sini
menanti sinar
dalam doa harap
tak pernah bernoktah


Wednesday, October 20, 2010

REMARKABLE ANAGRAMS

REMARKABLE ANAGRAMS

This has got to be one of the cleverest e-mails I've received in awhile. Someone out there must be "deadly" at Scrabble.
PRESBYTERIAN:
When you rearrange the letters:
BEST IN PRAYER
ASTRONOMER:
When you rearrange the letters:
MOON STARER
DESPERATION:
When you rearrange the letters:
A ROPE ENDS IT
THE EYES:
When you rearrange the letters:
THEY SEE
GEORGE BUSH:
When you rearrange the letters:
HE BUGS GORE
THE MORSE CODE:
When you rearrange the letters:
HERE COME DOTS
DORMITORY:
When you rearrange the letters:
DIRTY ROOM
SLOT MACHINES:
When you rearrange the letters:
CASH LOST IN ME
ANIMOSITY:
When you rearrange the letters:
IS NO AMITY
ELECTION RESULTS:
When you rearrange the letters:
LIES - LET'S RECOUNT
SNOOZE ALARMS:
When you rearrange the letters:
ALAS! NO MORE Z 'S
A DECIMAL POINT:
When you rearrange the letters:
I'M A DOT IN PLACE
THE EARTHQUAKES:
When you rearrange the letters:
THAT QUEER SHAKE
ELEVEN PLUS TWO:
When you rearrange the letters:
TWELVE PLUS ONE
AND FOR THE GRAND FINALE...
MOTHER-IN-LAW:
When you rearrange the letters:
WOMAN HITLER

Sunday, October 17, 2010

BURUNG KECIL


Ada seekor burung kecil
Warna cantik mempesona
Pandai menyanyi lagu nan merdu
Menawan hati pengembara sepi

Pengembara berhenti seketika
Merenung burung kecil yang pandai berlagu
Namun hati pengembara jadi sayu
Kerana burung kecil
Terpenjara di sangkar besi berjeriji

Hanya suara membisik rasa
Kakinya diikat sayapnya dikerat
Dan lagunya
Lagu sepi
Lagu sayu
Lagu sengsara

PTK


Petang 16 Oktober - aku menduduki peperiksaan PTK tahap kecekapan 3. Semasa menjawab soalan2 di kertas Generik, ada satu soalan yang buat aku tersenyum dalam dewan peperiksaan. Dan aku tahu jawapan aku betul kerana soalan nombor 9 adalah soalan mengenai tugas yg aku dah buat entah berapa ratus kali. Soalannya akan kuingat selamanya:

APAKAH TUGAS UTAMA SEORANG PENGACARA MAJLIS?

ini jenis soalan yg ada 1, 11, 111, 1V.

Sambil mencari2 jawapan aku berkata2 dalam hati: KALAU SOALAN NI AKU JAWAB TAK BETUL LEPAS NI ELOKLAH AKU BERHENTI DARI MENGACARAKAN SEGALA MACAM MAJLIS!!

Bila keluar dari dewan peperiksaan, dua orang rakanku berkata yg mereka menjawab soalan itu dgn membayangkan aku sedang jadi MC..

Aku jadi sumber jawapan??Ini sudah bagus...

Tapi kertas lagi satu agak susah...pening jugalah aku mencari jawapan.

Namun setelah berusaha sehabis daya, aku serahkan semuanya pada Yang Maha Esa.