Thursday, December 25, 2014

Dalam titis hujan pagi

Dlm titis hujan pagi
Di tepi jalanraya dekat lampu isyarat
Seorang lelaki berhenti
Motosikal usang yg enggan bergerak
Dan anak kecilnya sekitar usia tujuh
Menggalas beg sekolah lusuh
Menunggu penuh harap
Untuk sampai ke destinasi
Pada waktu dijanji
Seorang aku
Tiba-tiba merasa
Kabur pandangan
Di sebalik jendela kereta
Teringat akan seorang lelaki
Yg mengayuh basikal tuanya
Menghantar aku ke sekolah
Tak pernah hirau rupa cuaca
Dan hari ini
Aku ke sekolah
Untuk menitip ilmu
Kerana dia.
ogos272014

No comments: